• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Whatsapp ‘Air Tak Ada 36 Jam’ Di Selangor Palsu

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyangkal dakwaan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred, berkata pemantauan SYABAS mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan maklumat palsu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.

“Maklumat yang tersebar itu tidak benar kerana gangguan selama 36 jam yang berlaku adalah merujuk kerja kecemasan membabitkan pembaikan paip pecah di jajaran paip utama bersaiz 1200 milimeter dari Loji Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Sepang.

“Kerja kecemasan ini hanya membabitkan gangguan bekalan air di sebahagian kawasan di Daerah Hulu Langat dan Sepang saja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kerja kecemasan itu sudah disiapkan sepenuhnya dan bekalan air sudah disambung semula kepada pengguna.

SYABAS juga menjangkakan bekalan air di semua kawasan terbabit akan pulih sepenuhnya menjelang jam 8 pagi esok seperti yang dinyatakan dalam kenyataan menerusi media Selasa lalu.

“SYABAS menyeru pengguna tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini. – BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=azTGyLAPymQ

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd