• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan RCP Di Jalan Kalabakan Hujung Bulan Ini

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pelaksanaan pusat pemeriksaan darat atau Road Check Point (RCP) akan dimulakan pada hujung bulan ini di Jalan Kalabakan Tawau bagi meningkatkan tindakan mengekang aktiviti jenayah di timur negeri ini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata selepas itu, RCP akan dilaksanakan di Jalan Telupid di Telupid.

Katanya pemilihan kedua-dua lokasi sebagai pelaksanaan RCP secara tetap berikutan jalan tersebut menjadi penghubung utama antara pantai timur dan pantai barat negeri ini.

“Pada masa sama, sejajar dengan usaha meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), pihak kami juga sedang mengkaji pewujudan pos kawalan yang baharu,” katanya pada sesi dialog sempena Majlis Makan Malam ESSCom bersama Media di sini, malam tadi.

Katanya kajian dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan pewujudan pos kawalan baharu itu di beberapa kawasan yang dikenal pasti sebelum dikemukakan kepada pihak atasan.

Menurutnya ia juga membabitkan kemas kini pos kawalan sedia ada.

Terdahulu dalam ucapannya, Hazani meminta media memainkan peranan membantu ESSCom menyiarkan berita yang sahih agar tidak menjejaskan siasatan yang dijalankan.

Katanya berita yang disiarkan perlu mengikut kenyataan dikeluarkan dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihaknya.

Beliau memberi contoh kejadian tiga penjenayah ditembak mati di Kalabakan pada 27 Feb lepas, terdapat laporan media menyatakan identiti suspek, akibat pendedahan itu, siasatan dan operasi susulan kes itu terbantut.

“Saya tiada menyatakan siapa suspek kerana siasatan kes itu tidak berakhir di situ. Kita mesti mengesan konco-konco yang terlibat selepas itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd