• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Bercuti? Ini Sebab Kenapa Five Estec Jadi Pilihan

oleh Haris
13/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dapat dinafikan, semua orang tentu mempunyai keinginan untuk pergi melancong, tidak kiralah di dalam atau luar negara.

Namun antara perkara sering menghalang orang ramai untuk pergi bercuti pastinya adalah kerana kurangnya pengetahuan mengenai tempat yang ingin dituju.

Justeru agensi pelancongan merupakan tempat yang sesuai untuk anda mendapat maklumat itinerary dan perancangan yang lengkap sebelum bercuti.

Terbaharu, Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. ada jawapan untuk segala persoalan anda. Mereka turut menyediakan pakej pelancongan yang sangat menarik untuk pelanggan.

Di sini kami menyatakan lima sebab utama kenapa anda perlu segera memilih Five Estec Travel Services untuk keluar melancong.

Harga yang berpatutan.

Jangan terkejut Five Estec Travel sering menawarkan harga yang boleh membuatkan mulut anda ternganga. Betul, kami tidak tipu!

Lihat sahaja promosi pakej terbaru mereka ke Taiwan berharga RM2,990 yang juga termasuk makanan, penginapan dan pengangkutan anda sepanjang 5 hari 4 malam bercuti di sana.

Harga murah yang ditawarkan ini sudah sinonim dengan Five Estec Travel Services dan jika anda memilih mereka, anda akan dapat lihat sendiri promosi-promosi yang sering ditawarkan mereka.

Servis yang berkualiti.

Agensi-agensi pelancongan sering tidak menjadi pilihan segelintir individu kerana bimbang ditipu, tetapi isu ini tidak akan berlaku jika anda memilih Five Estec Travel Services.

Servis yang ditawarkan agensi ini nyata boleh dipercayai memandangkan mereka sudah beroperasi selama 14 tahun dan jarang sekali mengecewakan semua pelanggan mereka.

Selain itu, Five Estec Travel Services juga mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam bidang pelancongan baik di dalam atau luar negara dan sentiasa membantu jika anda ada sebarang persoalan.

Menawarkan pakej Muslim Tour.

Ia juga terkenal dengan pakej Muslim-friendlynya di mana kesukaran untuk cari makanan halal tidak mungkin timbul kerana pihak penganjur sudah mengenal pasti kedai halal yang sering dilawati ketika bercuti di sana.

Hotel penginapan dan restoran yang bakal dikunjungi juga telah mendapat sijil halal yang diterima daripada Persatuan Cina Muslim di Taiwan.

Selain itu, mereka juga mengutamakan penjagaan solat semasa melancong di mana perjalanan melancong mereka akan turut berhenti di kawasan solat bagi memudahkan pelanggan.

Terbuka kepada sebarang maklum balas.

Salah satu ciri penting yang perlu ada dalam setiap organisasi adalah keterbukaan untuk sentiasa menerima maklum balas tidak kira positif atau negatif.

Di Five Estec Travel Services, mereka sangat mementingkan perkara ini bagi memastikan segala kelemahan dapat diperbaiki dengan segera.

Mereka sentiasa bertindak untuk meperbaiki layanan mereka dengan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan, semuanya dilakukan demi kebaikan masyarakat di masa akan datang.

Syarikat milik bumiputera.

Sekarang ini, agensi-agensi pelancongan yang terdapat di negara kita ini terlalu banyak dan membuatkan orang ramai sukar membuat pilihan.

Pilih saja Five Estec Travel Services yang merupakan syarikat milik bumiputera yang nyata boleh dipercayai dan perjalanan pelancongan anda kini sangat mudah.

Misi syarikat ini juga adalah untuk memberi perkhidmatan pelancongan kepada semua golongan masyarakat dan memenuhi cita rasa dan keperluan para pelanggan mereka.

Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah WhatsApp Five Estec Travel Services di talian 012-6912857/017-98801400 untuk mendapatkan info lanjut.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghubungi mereka di talian 03-91002101/03-91002004 untuk tempah pakej percutian anda sekarang! – MYNEWSHUB.CC

Tags: bercutiFive Estec Travels Servicestaipei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Ladang Cedera, Perut Tertusuk Besi Pengutip Sawit

Dua Pengurus IT Ditahan SPRM Terima Rasuah Bercuti Di Bangkok

21/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat komputer kerana disyaki menerima suapan berupa tiket penerbangan dan...

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Sudah semestinya melancong ke luar negara adalah perkara paling akhir atau langsung tiada dalam pemikiran anda buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd