• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Perjelas Ekonomi Negara Dalam Program ‘Soal Jawab’

oleh AK-47
23/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS menyampaikan Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil dalam program Soal Jawab bagi mengupas lagi perkara berkenaan.

Program siaran TV3 ini dihoskan oleh Pengarah Urusan Institut Kajian Khazanah, Datuk Charon Wardini Mokhzani.

Ia mengupas mengenai ekonomi semasa, usaha-usaha kerajaan menangani penurunan harga minyak mentah dan nilai Ringgit Malaysia serta kejadian serangan Charlie Hebdo di Paris.

MENARIK  – Intipati Perutusan Khas Ekonomi Oleh Perdana Menteri

Menjawab soalan berkaitan prestasi ekonomi Malaysia sebelum harga minyak turun, Najib berkata sembilan bulan pertama tahun 2014 menyaksikan pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN.

Beliau berkata, Malaysia telah mengambil dasar-dasar yang membawa keyakinan pelabur dari luar dan dalam negara.

“Tahun 2013 umpamanya, kita telah mencatat Pelaburan Terus Asing (FDI) yang tertinggi dalam sejarah Malaysia sebanyak RM38.2 bilion, kita lihat bahawa nilai pasaran bursa merupakan tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai pada tahun 2014.

“Kita tengok indikator-indikatornya memberi kita kesimpulan sebenarnya kita berada di landasan betul dan asas kita semakin kukuh namun sesuatu yang kita tak duga sama sekali ialah kejatuhan harga minyak begitu drastik,” kata Najib dalam program berkenaan.

Beliau berkata, kejatuhan harga minyak disifatkan sebagai satu cabaran dan dugaan yang sedang Malaysia hadapi.

Dalam reaksi kepada pertanyaan bagaimana kerajaan menangani kejatuhan harga minyak, Najib berkata antara langkah yang diambil adalah memberikan perutusan khas berkaitan keadaan sebenar ekonomi negara pada Selasa lepas.

“Perlu kita fahami bahawa ini bukan satu krisis malah bukan boleh disifatkan sebagai kegawatan sepertimana pernah kita alami dulu.

“Keadaan ini adalah satu keadaan di mana kita perlu menyesuaikan dan membuat perubahan kepada bajet negara, kepada langkah-langkah fiskal supaya kesan daripada kejatuhan harga minyak yang begitu mendadak dapat kita tangani, supaya kita dapat kadar pertumbuhan yang masih baik,” katanya.

Tambah Najib, selepas dilakukan kajian berkaitan kejatuhan harga minyak, kerajaan membuat keputusan untuk mempertahankan peruntukan kira-kira RM48.5 bilion untuk pembangunan negara.

“Apa yang kita akan buat penyesuaian ialah dari segi operating expenditure (perbelanjaan mengurus) yang kita akan kurangkan sebanyak RM5.5 bilion suapaya kita dapat menampung pengurangan hasil.

“Kita akan menerima kesan, pertama kesan dari segi pengurangan hasil tetapi kita jimat dari segi tidak perlu lagi mengeluarkan subsidi untuk minyak dan diesel tetapi kalau kita campur kedua-dua ini kita masih ada defisit lebih kurang RM8.3 bilion,” katanya.

Orang ramai boleh membaca transkrip penuh program Soal Jawab itu di laman blog Najib di www.najibrazak.com.

Selain langkah pengurangan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.5 bilion, kerajaan juga mengambil keputusan menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi menjimatkan RM400 juta. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=FemaM_IARug

Tags: Ekonomiharga minyakNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd