• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Bulan Kerajaan Selangor Setuju Proses Migrasi

oleh AK-47
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI — Kerajaan Selangor diberi masa empat bulan sehingga Julai depan untuk bersetuju melaksanakan proses migrasi bagi mengelakkan krisis air di negeri itu menjadi lebih buruk.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata jika Selangor enggan memberi kata putus, banyak implikasi yang akan berlaku antaranya Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang telah siap menjalani proses pengujian dan pentauliahan tidak dapat digunakan.

“LRA dapat membekalkan 10 peratus margin simpanan air Selangor menyamai 565 juta liter sehari (MLD).

“Sedangkan di masa sekarang, margin simpanan air Selangor kosong dan ini bermakna bekalan air tidak cukup untuk disalurkan ke tempat-tempat yang lain. Apatah lagi di Selangor (penggunaan air) sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 di Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini berkata Selangor dan negeri lain yang tidak melaksanakan proses migrasi terpaksa menampung perbelanjaan tinggi untuk pembinaan loji, mengganti paip dan kerja penyelenggaraan lain.

Beliau berkata sekurang-kurangnnya RM3 billion ke RM8 billion diperlukan bagi kos pembinaan LRA dan kerja-kerja baik pulih infrastruktur dan tiada syarikat yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sebanyak itu.

“Macam di Selangor, apa yang berlaku ialah mereka melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil seperti menampal paip bocor.

“Sebab itu, apabila paip lama yang berusia lebih 40 tahun tidak diganti, menyebabkan ia pecah dan keadaan menjadi lebih teruk.

“Ini bukan masalah air semata, tetapi masalah margin simpanan air yang tidak mencukupi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zaini berkata kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina Simpanan Air Dari Sungai (ORS) di empat negeri, dalam usaha memastikan bekalan air sentiasa dapat menampung keperluan dan menyokong pembangunan sesebuah kawasan.

“Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pembinaan ORS di Linggi, Negeri Sembilan, RM300 juta di Melaka dan masing-masing RM600 juta di Langkawi, Kedah dan Johor.

“ORS yang akan dibina di Linggi bagi menyokong pertumbuhan pesat Malaysia Vision Valley di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata proses pelantikan perunding bagi projek ORS telah dimulakan dan dijangka proses pembinaan akan dimulakan tahun hadapan yang mengambil masa dua ke tiga tahun untuk disiapkan.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan kakitangan awam menghadiri dialog itu yang antara lain membincangkan cara-cara pengurangan pelepasan karbon. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banyak Tangki Simpanan Air Kosong Di Selangor

03/04/2018
0

SHAH ALAM - Tangki simpanan air yang kosong di sesetengah kawasan perumahan sekitar Selangor adalah antara penyebab gangguan bekalan air...

Budaya Amalan Hijau Perlu Bagi Jayakan TN50

22/01/2018
0

KOTA KINABALU - Orang ramai perlu membudayakan amalan hijau ke arah menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd