• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Audit Kes Tanah Felda Tidak Boleh Didedah

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan audit forensik bagi projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dan 240 dokumen yang terlibat dalam kajian audit berkenaan tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih dilakukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata kesemua dokumen itu termasuk syor-syor yang dijangka diberi, telah diminta oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk digunakan sebagai dokumen siasatan.

“Laporan audit tak boleh didedahkan kerana siasatan masih berlangsung dan kita akan pastikan perkara (yang timbul) berkaitan ini (projek KLVC) tidak akan berulang dengan memastikan kesemua jabatan kerajaan dan agensi berkaitan mematuhi perintah am.

“Apa yang berlaku di Felda adalah satu pengajaran yang amat besar. Saya setuju kita tak boleh biarkan perkara ini berulang dan saya boleh beri jaminan tidak ada jabatan yang boleh terlepas daripada kajian (pemantauan) audit sebenarnya,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBM-Pagoh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

KLVC ialah projek yang dibangunkan syarikat pemaju, Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB), di tanah milik Felda yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Pada 9 Mac lepas, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda kembali mendapatkan kesemua 16 lot tanahnya di Jalan Semarak di sini, yang sebelum ini didaftarkan atas nama SPSB. – BERNAMA

Tags: Razali Ibrahimtanah felda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Felda: Polis Serah Kertas Siasatan Pada AG

14/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan penuh berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak akan diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri...

Tanah FELDA: Polis Dapati Ada Unsur Penipuan

27/12/2017
0

KUALA LUMPUR- Polis dapati setelah meneliti dokumen berkaitan tanah FELDA di Jalan Semarak,Kuala Lumpur yang dipindah milik secara meragukan ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd