• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Komited Bangunkan Portfolio Digital

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd akan membangunkan portfolio digitalnya sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Tony Fernandes.

“AirAsia akan membuat satu lagi penjualan seperti yang dijanjikan. Akan ada penjualan dan pembelian balik satu aset untuk membangunkan portfolio digital kami.”

“Laksanakan semua yang kami katakan. Kini tumpu kepada kumpulan dan struktur digital kami,” katanya dalam catatan di laman twitter beliau hari ini.

Awal bulan ini, Fernandes mengesahkan kumpulan itu akan menjual aset bukan terasnya dan menumpukan kepada operasi teras.

Beliau dilaporkan sebagai berkata keuntungan kumpulan itu dijana daripada penjualan tiket penerbangan dan daripada pendapatan sampingan.

“Perniagaan pajakan bukan satu yang dinilai oleh penganalisis. Itulah sebabnya mengapa kami menjualnya,” kata Fernandes.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu mengesahkan ia akan menjual pegangannya dalam laman tempahan pelancongan, Expedia, dan penjualan itu dijangka selesai pada akhir tahun.

Kumpulan itu juga merancang menjual segmen makanannya “Santan” dan operasi logistik dan kargo.

Fernandes dalam laman Instagram beliau berkata syarikat itu akan melabur dalam teknologi kewangan seperti “bigpay”, perkhidmatan e-dompet dan kad pra-bayar.

Pada 11.55 pagi hari ini, saham AirAsia meningkat tiga sen kepada RM4.03 dengan 2.05 juta saham diurusniagakan. -BERNAMA

Tags: AirAsiaTan Sri Tony Fernandes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd