• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Jenayah Seksual Terima 382 Kes

oleh Ahmad Albab
12/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 382 kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak sejak penubuhannya pada Jun tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sebanyak 314 kes telah diselesaikan dan hanya 68 kes masih tertunggak.

“Jumlah ini menunjukkan bahawa kes-kes tersebut telah diselesaikan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada setahun,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Azalina berkata mahkamah tersebut juga diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Dalam pada itu, katanya kerajaan juga melihat beberapa pendekatan lain termasuk mewujudkan hakim dalam kategori JUSA C dan pendakwa raya tidak dipindahkan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun supaya mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam mengendalikan kes sedemikian.

Azalina berkata garis panduan khas yang diwujudkan sejak 13 Dis tahun lalu sangat penting bagi memastikan proses pengendalian kes dilaksanakan secara adil.

“Garis panduan ini merupakan satu-satunya diwujudkan dalam sistem mahkamah negara kita… ia akan menjadi panduan seragam kepada semua pihak terlibat bagi membantu kelancaran perjalanan prosiding kes dan memastikan proses pengendalian kes bertepatan dengan prinsip keadilan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina OthmanMahkamah Jenayah Seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

18/03/2023
0

KOTA TINGGI: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang...

Azalina Sah Letak Jawatan Sebagai Penasihat Khas PM

Azalina Sah Letak Jawatan Sebagai Penasihat Khas PM

01/09/2022
0

PUTRAJAYA – Datuk Seri Azalina Othman telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd