• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Syria ‘Serang’ Akhbar Perancis Pro Charlie Hebdo

oleh
23/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Selepas kejayaan pasukan tentera siber Korea Utara mengkucar-kacirkan laman web pengeluar filem terbesar dunia, Sony Pictures pada awal Disember tahun lalu, kini giliran askar maya Syria pula menunjukkan ‘bakat’ serupa.

Secara kebetulan, serangan ke atas firma gergasi Hollywood itu sebagai bantahan tayangan filem satira politik The Interview, motif pasukan tentera siber Syria juga mungkin disebabkan protes terhadap majalah satira biadap terkenal, Charlie Hebdo.

Cuma sasaran kali ini agak berbeza dengan askar maya Pyongyang yang marah terhadap Sony Pictures kerana filem itu ‘menghina’ pemimpin Kim Jong-un, sasaran Damsyik pula tiada kena-mengena dengan Charlie Hebdo yang menghina Islam.

Sebaliknya media tempatan melaporkan, serangan pada Khamis berjaya menjejaskan laman web dan sosial Twitter akhbar berpengaruh Perancis, Le Monde yang menyokong Charlie Hebdo menerusi kempen global terkenal Je Suis Charlie.

Ayat berbahasa Perancis bermaksud ‘Saya ialah Charlie’ itu mendapat sokongan lebih lima juta pengikut menerusi Twitter #jesuischarlie kononnya tanda solidariti masyarakat antarabangsa ke atas Charlie Hebdo mencaci Islam dan Nabi Muhammad SAW.

BACA : Marah Kim Jong-un Dibunuh, Korea Utara Godam Sony

BACA : Perisik Korea Utara Godam Sistem Internet Negara Sendiri

Serangan profesional itu dikesan dilakukan Syrian Electronic Army (SEA), kumpulan askar siber Syria penyokong rejim Presiden Bashar al-Assad, kebetulan sama pendekatan dengan Guardian of Peace (GOP), tentera maya Korea Utara pro-Kim Jong-un.

“Penggodam berjaya menembusi perkakasan penerbitan Le Monde sebelum melancarkan aplikasi penafian perkhidmatan. Kami memohon maaf ekoran gangguan tidak diduga itu,” kata pengurusan akhbar tersebut melalui laman Twitter alternatif.

Berbeza dengan GOP yang menyerang kepentingan Barat kerana firma itu memperlekeh imej Jong-un, SEA pula menyasarkan laman web organisasi media Barat yang didapati sering melancarkan propaganda anti-Bashar sejak beberapa tahun lalu.

Antara pernah menjadi mangsa SEA ialah akhbar Britain, Daily Telegraph, Independent dan Evening Standard, stesen BBC Britain dan CBC Kanada, akhbar New York Daily News dan New York Times malah agensi berita antarabangsa Reuters. – Agensi

Tags: Charlie HebdoKorea UtaraPerancissiberSyriaThe Interview
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perlukan Kesiapsiagaan Siber, Integrasi AI Hadapi Ancaman Moden

Malaysia Perlukan Kesiapsiagaan Siber, Integrasi AI Hadapi Ancaman Moden

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa kesiapsiagaan pertahanan siber serta integrasi kecerdasan buatan (AI)...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd