• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tarik Tali Krisis Air – Zaini

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kerajaan Selangor diminta supaya tidak terus bermain ‘tarik tali’ berkenaan krisis air di negeri itu malah dengan segera memuktamadkan beberapa perkara yang diyakini mampu mengatasi masalah terbabit.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata langkah berkenaan penting bagi mengelakkan kira-kira tujuh juta penduduk Selangor dan Lembah Klang amnya terkesan akibat gangguan bekalan air.

“Perkara yang penting ialah kita tidak boleh nak tarik tali dalam isu ini (krisis air) kerana masyarakat atau sesiapa sahaja yang berada di Lembah Klang menjadi mangsanya.

“Kita mesti tahu, penduduk di Lembah Klang kira-kira tujuh juta orang. Ini imej Malaysia malah warga asing pun kebanyakannya duduk di Lembah Klang. Mangsa paling terkesan adalah di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 Green) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Naib Canselor UTHM Prof Dr Wahid Razzaly.

Zaini berkata perkara utama yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah terbabit ialah kerajaan Selangor perlu segera mengambil alih ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

“Selangor perlu ambil alih Splash. Itu isu di peringkat negeri bukan persekutuan, pembayaran akan diuruskan PAAB yang akan dijadikan sebahagian proses perjanjian antara entiti itu (PAAB) dengan syarikat air akan datang untuk tujuan pembayaran balik,” katanya.

Menerusi laporan akhbar sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa tidak ‘bermain tarik tali’ di sebalik harga tawaran sebenar kerajaan negeri untuk mengambil alih ekuti Splash.

Semasa perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor, Nov lepas, Mohamed Azmin mengumumkan penangguhan pengambilalihan Splash sehingga 4 Julai tahun ini kononnya atas permintaan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya penangguhan dibuat selepas kerajaan negeri gagal mendapatkan harga penilaian pengambilalihan Splash daripada kerajaan pusat seperti yang dicadangkan oleh jurunilai bebas, Deloitte.

​​​​​​​Bagaimanapun, Zaini pada Ogos lepas dilaporkan sebagai berkata usaha penstrukturan bekalan air Selangor akan tertangguh selagi kerajaan negeri tidak mengemukakan sebut harga untuk proses perolehan Splash.

Sementara itu, Zaini berkata dialog di UTHM hari ini merupakan penganjuran kali ketujuh yang bertujuan memberikan penjelasan tentang Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP), peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup.

Beliau berkata dialog berkenaan akan diteruskan ke Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak, selepas ini. – BERNAMA

Tags: KeTTHAkrisis air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Kedah Diminta Bersabar Hadapi Krisis Air

07/05/2022
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri ini bersabar dengan masalah bekalan air yang...

Melaka Berdepan Krisis Air Jika TAPS Tidak Disegerakan

20/04/2022
0

ALOR GAJAH : Kerajaan negeri serta Kementerian Alam Sekitar dan Air digesa menyegerakan projek pembinaan takungan air selepas pelaksanaannya ditangguhkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd