• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Afrika Selatan Ke Tali Gantung Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pengawal keselamatan warga Afrika Selatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,949 gram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan tertuduh Deon Jacobus Cornelius, 28, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya Nordin berkata berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh saksi keenam pendakwaan iaitu Penolong Pengarah Kastam, Bon Lee Tan Pett mendapati terdapat serbuk dadah dalam beg komputer riba milik tertuduh.

Nordin berkata pembelaan tertuduh yang menyatakan beg tersebut bukan miliknya tetapi beg itu adalah untuk diserahkan kepada orang lain merupakan satu bentuk keterangan yang difikirkan kemudian.

Katanya, alasan tertuduh yang menyatakan dia tidak mengetahui beg itu mengandungi dadah juga adalah satu alasan yang tidak boleh diterima.

Pesuruhjaya Kehakiman itu berkata keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan merupakan keterangan yang berkredibiliti dan tidak boleh dicabar.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa, Pulau Pinang dalam daerah Barat Daya di sini pada 11.40 pagi, 4 Okt 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zuraidah Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-zzyB-rfD6w

Tags: hukuman mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd