• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Lee Chong Wei Ditayangkan Mulai 15 Mac

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filem berjudul ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ yang mengisahkan perjalanan hidup penuh berliku yang ditempuhi wira badmiton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga bergelar jaguh terkemuka dunia bakal menemui penonton di pawagam bermula 15 Mac ini.

Pengarahnya, Teng Bee berkata filem yang memakan masa hampir tiga tahun untuk disiapkan itu diinspirasikan sepenuhnya daripada kehidupan bekas pemain nombor satu dunia itu yang terkenal dengan semangat juang tinggi dalam mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

“Saya bersama kru produksi sangat komited dalam menghasilkan filem ini kerana ia merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah pahit getir serta jatuh bangun seorang budak lelaki berasal daripada Bukit Mertajam dalam melakar nama sehingga menjadi seorang jaguh dalam sukan badminton dunia.

“Saya berharap filem ini dapat memberi penghormatan kepada seorang ahli sukan (Chong Wei) yang telah memberi inspirasi kepada kita semua khususnya rakyat Malaysia dengan semangat juangnya,” katanya pada sidang media filem itu di sini, hari ini.

Sementara itu, penerbit Josiah Chieng berkata filem berdurasi 133 minit itu turut menerapkan pelbagai elemen positif dan nilai-nilai murni.

“LEE CHONG WEI adalah filem yang menerapkan semangat Malaysia Boleh serta menggalakkan kita supaya percaya dengan kebolehan diri bagi mencapai apa sahaja impian yang diingikan,” katanya.

Filem terbitan CB Pictures dengan usahasama Mahu Pictures itu dibarisi pelakon handalan antaranya Datuk Rosyam Nor yang memegang watak sebagai Datuk Misbun Sidek, Mark Lee (sebagai ayah Chong Wei) dan Yeo Yann Yann sebagai ibu Chong Wei.

Turut membintangi filem yang menelan belanja RM7 juta itu ialah Jake Eng yang memegang watak sebagai Chong Wei ketika muda, Tosh Chan (Chong Wei dewasa) dan Ashley Hua sebagai Datin Wong Mew Choo yang merupakan rakan sepasukan dan kekasih kepada Chong Wei.

Filem tersebut akan ditayangkan di 130 buah pawagam seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Filem Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Filem Biografi Chong Wei Pecah Rekod

11/03/2018
0

SEMALAM, telah tercatat satu lagi sejarah dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records apabila seramai 20,000 penonton...

Tosh Chan Gentar Lakon Watak Chong Wei

14/02/2018
0

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada bakat baharu, Tosh Chan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd