• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto PH Tiada Agenda Baharu

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah hari ini berkata manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai agenda baharu untuk golongan belia, sebaliknya hanya bersifat populis.

Beliau berkata manifesto itu, yang dilancarkan PH di Selangor semalam, juga lapuk dan ketandusan idea kerana 90 peratus daripadanya sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya janji PH untuk mengurangkan beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah hanya janji pusingan-U kerana sebelum ini, pakatan pembangkang pernah berikrar untuk memberikan pendidikan percuma.

“Langkah mereka untuk meneruskan PTPTN dan bukan menghapuskannya juga menunjukkan mereka bersetuju bahawa PTPTN adalah tabung pendidikan terbaik untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya BN membawa pendekatan berbeza dengan menawarkan janji realistik dan terbuka mendengar pandangan orang ramai termasuk golongan muda yang akan meneruskan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan BN melaksanakan Transformasi Nasional (TN50) dengan setakat ini telah menerima pandangan dan pendapat lebih 62,000 anak muda dalam perancangannya menjadikan Malaysia negara cemerlang menjelang 2050.

“Keterbukaan kerajaan BN menerima pandangan semua pihak menunjukkan BN berani membetulkan kesilapan dan memperbaiki kekurangan, bukannya seperti pembangkang yang hanya ghairah memacing undi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Manifesto PH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Pengerusi PKR Dakwa Rakyat Johor Akan Terkejut Dengan Manifesto PH

PRN Johor: Pengerusi PKR Dakwa Rakyat Johor Akan Terkejut Dengan Manifesto PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mendakwa rakyat Johor akan terkejut dengan...

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah wajar kerana ia adalah komitmen Pakatan Harapan (PH) sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd