• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Sudah Laksanakan Jaminan Keselamatan Makanan

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Janji pakatan pembangkang dalam manifesto yang dilancarkan semalam untuk menjamin keperluan makanan rakyat, sudah lama menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ranking Malaysia dalam keselamatan makanan di Asia Tenggara adalah antara yang terbaik iaitu kedua selepas Singapura.

“Keselamatan makanan bukan hanya menghasilkan lebih banyak beras tetapi menjamin makanan boleh diperoleh pada kadar mengikut kemampuan rakyat Malaysia di mana-mana lokasi di seluruh negara,” katanya, dengan memberikan contoh beras boleh dibeli di Kuala Lumpur dan juga di Kapit, Sarawak atau di mana-mana ceruk di negara ini.

Mengulas manifesto pakatan pembangkang selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata selain tiada perkara baharu yang diketengahkan berkaitan pertanian dan industri makanan, manifesto berkenaan juga berisiko mengancam kehidupan pesawah.

Merujuk kepada janji pembangkang untuk menghapuskan pengimport tunggal bagi beras, Ahmad Shabery berkata perkara itu boleh dibahaskan kerana sekiranya import beras dibebaskan, sesiapa sahaja boleh mengimport beras dan menjual mengikut harga yang ditetapkan sendiri.

“Ini akan bunuh industri tempatan dan akan mengancam pendapatan 200,000 penanam padi di seluruh negara. Sebagai contoh apabila harga beras luar lebih murah orang ramai tidak beli beras tempatan,” katanya.

Beliau berkata kewujudan pengimport tunggal bagi beras membolehkan harga beras dikawal.

Antara janji pakatan pembangkang adalah menjamin keperluan makanan asas rakyat, menjaga kebajikan petani dan menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk mengimport beras. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempersoalkan dakwaan Perdana Menteri bahawa FELDA mahu menjual hotel...

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

28/07/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd