• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Budi Penting Lahir Generasi Pemimpin Pekerti Mulia

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Budi perlu diterapkan dalam semua aspek pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menjadikan pusat itu keterhadapan dalam melahirkan generasi pemimpin berpekerti mulia.

Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, masyarakat kini terlalu bercelaru, sering kali bertembung pendapat dan pada masa sama bercakaran tanpa mempunyai sistem penilaian yang asas.

“Hormat-menghormati dan hormat kepada jasa orang kian hilang tetapi kita panggil diri kita muslim dan muslimat…senario itu menjadi cabaran kepada UIAM,” katanya pada majlis perasmian Wadi Budi UIAM Kampus Gombak di sini hari ini.

Justeru, Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia berkata, nilai itu akan diperkukuhkan dan diterapkan sebagai induk dalam sukatan mata pelajaran UIAM.

Pendekatan itu disifatkannya sebagai ‘renaissance’ iaitu peralihan kepada masa depan lebih cemerlang dan satu sistem membina negara bangsa yang sebenar.

Wadi Budi yang pembinaannya menelan kos hampir RM6.8 juta itu sejajar dengan moto UIAM iaitu ‘Taman Ilmu dan Budi’ dan antara lain akan menjadi pusat sehenti aktiviti kemasyarakatan serta program motivasi. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dr Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kassim Ahmad Sertai UMNO Kerana Dr Mahathir

21/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai UMNO pada 1986 atas sebab Tun Dr Mahathir Mohamad ketika...

Panel Tentukan Penerima Bantuan

28/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Panel khas wajar dibentuk bagi mengenal pasti golongan yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Bekas Penasihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd