• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CPTPP Penting Untuk Majukan Negara – Mustapa

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatangi di Santiago, Chile semalam, penting untuk memajukan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata Malaysia harus menjadi sebahagian daripada sistem ekonomi dunia, dan antara kaedahnya ialah menyertai perjanjian perjanjian di peringkat serantau dan global.

“Kita tahu bahawa masih ada kebimbangan dalam kalangan rakyat… kita dah jelas dan kita tahu kita tidak mampu untuk meyakinkan semua 100 peratus (rakyat), namun secara keseluruhannya, kita yakin perjanjian ini baik untuk Malaysia dan dunia.

“Ada satu kumpulan yang membantah CPTT, dan datang ke pejabat MITI, namun penentangan itu tak seperti dahulu. Maknanya rakyat semakin faham bahawa ini penting dalam konteks perdagangan dan konteks memajukan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Pembangunan Insan di Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Yusri Mohamad yang juga anggota panel dialog.

Dialog itu dihadiri kira-kira 2,000 guru pendidikan agama.

CPTPP dianggotai 11 negara iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Mustapa sebelum ini mengumumkan Ketua Setiausaha MITI Datuk Seri J. Jayasari yang juga Ketua Perunding, mewakili Malaysia pada pemeteraian CPTPP di Santiago. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd