• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Ditembak Mati Ketika Cuba Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cubaan tiga lelaki warga asing untuk memecah masuk dan menyamun di kawasan perumahan Templer Saujana, Gombak, awal pagi tadi gagal dengan seorang daripada suspek mati ditembak polis.

Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi tadi, ketika beberapa anggota polis yang sedang membuat pemantauan di kawasan perumahan berkenaan melihat kelibat tiga lelaki berpakaian serba gelap yang dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata anggota polis yang melihat suspek telah cuba untuk menahan mereka bagi membuat pemeriksaan tetapi seorang daripada suspek bertindak agresif dengan melibas-libas parang ke arah polis.

Beliau berkata akibat perbuatan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek lelaki itu manakala dua lagi rakan suspek berjaya meloloskan diri.

“Operasi mengesan dua lagi suspek sedang giat dijalankan manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 17 kes samun di kawasan Rawang dan Selayang dengan jumlah kerugian sebanyak RM265,980. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd