• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurangkan Perselisihan Demi Perpaduan

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah tanggungjawab memelihara kesucian agama bukan hanya terletak pada institusi diraja dan kerajaan malah turut menjadi tanggungjawab semua pihak berkenaan.

Tengku Abdullah bertitah, usaha itu tidak akan berjaya sekiranya ia juga tidak mendapat kerjasama rakyat beragama Islam di negeri ini.

“Saya mengharapkan kehadiran saya dalam setiap majlis berbentuk keislaman dapat menyampaikan mesej kepada rakyat negeri Pahang supaya mengutamakan soal perpaduan.

“Saya tidak mahu negeri Pahang kucar-kacir, umat Islam berpecah-belah dan seterusnya tidak menggambarkan Islam yang sebenar,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Tilawah al-Quran kali ke-61 peringkat negeri Pahang 2018 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.

Pada majlis itu qari Bentong, Zul Hasyimi Mohamed Yunus, 39, muncul juara, manakala johan qariah disandang oleh peserta dari Bera Nurhafizah Ahmad Tajuddin, 30.

Tengku Abdullah turut mengharapkan wakil qari dan qariah dari negeri Pahang dapat merangkul juara pada tilawah al-Quran peringkat kebangsaan bulan ini.

​​​​​​​Titah baginda lagi walaupun sedar umat Islam di negeri ini idak dapat lari daripada masalah selisih faham atau perbezaan pendapat, namun ia harus dikurangkan dan majlis seperti tilawah ini diharap dapat menyatukan semula umat Islam. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan Sultan Pahang

12/01/2019
0

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai Sultan Pahang yang keenam bagi menggantikan ayahanda...

‘Daulat Tuanku!’ Cetus Spekulasi Sultan Pahang Baru

11/01/2019
0

DEBARAN... "Sama-sama," demikian reaksi spontan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada petugas media selepas menerima ucapan 'Tahniah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd