• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki: Malaysia Pamer Aksi Unggul, Belasah Mexico 10-1

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia mempamerkan aksi unggul selepas membelasah Mexico 10-1 pada perlawananan suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang, di sini, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Tai Beng Hai mara ke perlawanan separuh akhir pada Sabtu dan dijangka bertemu Jepun, sekali gus membuka peluang untuk mencapai sasaran menjadi dua pasukan terbaik kejohanan kali ini.

Dalam perlawanan hari ini, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil menjadi hero pasukan Malaysia apabila menjaringkan empat gol pada minit ke-4 melalui pukulan sudut penalti manakala gol padang dijaringkan pada minit ke-30, 31 dan 48.

Gol Malaysia lain dijaringkan Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-14, Muhammad Razie Abdul rahim (minit ke-16), Muhammad Firhan Ashari (minit ke-19), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (minit ke-40), Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin (minit ke-44), Muhammad Haziq Samsul (minit ke-54).

Gol tunggal Mexico dijaringkan Andres Rangel pada minit ke-24 melalui gol padang.

Malaysia masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak kejohanan bermula pada 16 Jan; menumpaskan Oman 8-0, menang 5-1 ke atas Ukraine dan membelasah Singapura 16-1.

Mengikut format kejohanan, tiga pasukan terbaik daripada pusingan ini akan melangkah ke peringat separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium atau Argentina pada Jun ini.

Enam pasukan terbaik daripada Liga Hoki Dunia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bersama-sama dengan tuan rumah, Brazil dan lima juara benua. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd