• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden Petrobras Brazil Dipenjara 11 Tahun

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Bekas presiden syarikat minyak negara Brazil, Petrobras, telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Rabu bagi kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Sergio Moro, mendapati Aldemir Bendine bersalah menerima rasuah daripada gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht, ketika menyandang jawatan sebagai Presiden Petrobras dari Februari 2015 hingga Mei 2016.

“Tertuduh memikul tanggungjawab sebagai Presiden Petrobras semasa skandal rasuah ini berlaku dan dia telah diharapkan untuk menyelesaikan isu itu.

‘’Perkara terakhir yang dijangka ialah dia sendiri korup dan sekaligus meletakkan reputasi syarikat dalam bahaya,” kata Moro.

Kes rasuah Petrobras dipercayai antara yang terbesar dalam sejarah Amerika Latin.

Bendine mengetuai Bank Negara Brazil dari 2009 hingga 2015 sebelum dilantik sebagai Presiden Petrobras oleh bekas Presiden Brazil, Dilma Rousseff.

Dia telah dituduh oleh bekas Presiden Odebrecht, Marcelo Odebrecht, menerima rasuah bernilai kira-kira US$1 juta sebagai pertukaran untuk penganugerahan kontrak Petrobras kepada syarikat pembinaan itu. – BERNAMA

Sementara itu, Jojie memberitahu Bernama majlis hari ini merupakan satu penghargaan terhadap kerjasama baik yang sedia terjalin antara kerajaan dan pihak berkuasa kedua-dua negara dalam membanteras jenayah rentas sempadan terutamanya membabitkan penipuan pusat panggilan.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua negara itu akan dipertingkatkan pada masa depan.

Katanya, pihak berkuasa kedua-dua negara juga perlu bekerjasama dalam usaha publisiti terhadap masyarakat tentang penipuan pusat panggilan supaya mereka tahu mengenai jenayah yang semakin berleluasa di rantau ini.

Yusni pula berkata, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan Polis Diraja Thailand dalam membanteras jenayah rentas sempadan sememangnya sudah terjalin sejak dahulu lagi dan ia akan berterusan pada masa depan.

“Hubungan dan kerjasama rapat antara kedua-dua pasukan polis Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh pada masa depan berdasarkan kepada pelbagai senario,” katanya.

Dalam majlis hari ini, ketua pusat operasi pusat panggilan Polis Thailand, Mej Jen Surachet Hakpan berkata bagi tempoh tiga bulan tahun ini, polis Thai merekodkan 338 kes membabitkan penipuan pusat panggilan dengan kerugian berjumlah 200 juta Baht (RM26.4 juta).

Polis Thai, katanya, mengeluarkan waran tangkap terhadap 343 suspek dengan 229 orang telah pun ditahan.

Surachet berkata polis turut mengembalikan 33 juta Baht (RM4.2 juta) kepada 66 mangsa menggunakan wang yang mereka rampas daripada suspek pusat panggilan itu dan dijangka mengembalikan 120 juta Baht lagi kepada mangsa. – BERNAMA

Tags: dipenjararasuah
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd