• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tipu Sampai Percaya” – Dedah Bekas Editor PKR

oleh
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Pembangkang memang tidak hirau fakta atau kebenaran dalam melontarkan isu panas, asalkan apa yang ditimbulkan boleh mencetuskan persepsi buruk terhadap pihak kerajaan.

Itu yang didedahkan Datuk Seri Dzulkarnain Taib serta pernah menjadi Editor Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berfungsi menyebarkan cerita fitnah demi hasut rakyat benci Barisan Nasional (BN).

Ujarnya yang kini Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, prinsip sama digunakan oleh Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels ketika Perang Dunia Kedua iaitu penipuan secara berterusan akhirnya akan dianggap kebenaran.

“Sebagai contoh, ketika saya menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, PKR mahu akhbar ini untuk menyiarkan tajuk utama ‘Felda Bankrap’. Tetapi ketika itu saya tidak bersetuju dengan arahan daripada pihak parti tersebut.

“Ini kerana artikel sensasi berkenaan memang jelas langsung tidak ada bukti dan fakta kukuh untuk membenarkan perkara tersebut malahan agak jelas berbaur fitnah jahat,” kata Dzulkarnain yang dipetik oleh portal UMNO Online.

Suara Keadilan merupakan lidah rasmi” PKR sejak awal penubuhannya dan kata Dzulkarnain, parti tetap berkeras mahukan isu Felda konon sudah muflis sebagai tajuk muka hadapan untuk mempengaruhi peneroka skim tanah itu.

“Dan sebaik sahaja keluar berita kontroversi berkenaan, saya dengan serta merta turut dihubungi oleh pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk hadir memberikan penjelasan dengan lebih lanjut berhubung isu tersebut.

“Dalam sehari dua, kami menerima pula surat saman fitnah daripada Felda berhubung artikel itu pada 2010,” ujar Dzulkarnain yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Media Malaysia ketika diwawancara oleh portal berkenaan.

Tuduhan Felda konon sudah bankrap dinyatakan sendiri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan ditulis oleh wartawan Suara Keadilan, Rusnizam Mahat dan turut memetik kenyataan Senator Dr. Syed Husin Ali.

Ironi Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam kemudiannya dihadapkan ke mahkamah, namun selepas tujuh tahun, ketiga-tiga mereka diperintahkan membayar RM2 juta kepada pihak Felda atas kenyataan fitnah jahat tersebut.

“Ini merupakan salah satu contoh bagaimana dasar parti yang mengamalkan konsep penipuan diulang-ulang bagi mewujudkan persepsi negatif, mengelirukan rakyat sehinggakan pembohongan itu terlihat sebagai satu kebenaran.

“Dan perkara inilah berterusan dilakukan pembangkang hari ini dengan menipu dan memanipulasikan cerita untuk mengelirukan rakyat. Saya jangka ia akan menjadi lebih hebat menjelang PRU 14 tidak lama lagi,” kata Dzulkarnain.

Beliau merujuk strategi ala Nazi digunakan pembangkang untuk kempen pilihan raya umum itu. Katanya, setiap pembohongan ‘ditelan’ penyokong tegar tanpa fikir panjang berikutan pemikiran mereka sudah pun didoktrinkan.

“Kebanyakan penyokong pembangkang memiliki sikap ta’asub kepada pembangkang kerana pemikiran mereka telah didoktrin habis sekian lama untuk menerima bulat-bulat apa saja maklumat yang datang dari pihak pembangkang.

“Sebab itu pembangkang tidak takut dan tidak teragak-agak untuk melontarkan cerita bohong tentang kerajaan kepada rakyat, kerana mereka yakin penyokong mereka akan membela malah membenarkan cerita bohong itu.

“Akhirnya ia tampak seolah-olah satu kebenaran,” jelas Dzulkarnain. Ketika ini pembangkang sibuk putar belit isu 1MDB, Tabung Haji waima Mara konon bermasalah akibat ‘kejahatan’ pihak BN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Dzulkarnain Taibsuara keadilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Diperintah Bayar RM70,000 Kepada FELDA

13/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan...

Pejabat Suara Keadilan Diserbu Polis, Rampas Komik Zunar

29/01/2015
0

PEJABAT akhbar Suara Keadilan hari ini digemparkan dengan serbuan pihak polis pagi tadi yang turut merampas 155 buku termasuk beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd