• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Bela Diri Kes Tangguh, Tertuduh Muntah, Cirit

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan membela diri hari keenam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi hari ini ditangguhkan kerana dua tertuduh dalam kes itu muntah dan cirit-birit.

Peguam V.Rajehgopal memaklumkan kepada mahkamah bahawa dua anak guamnya iaitu tertuduh kelima, M.Vishwanath dan tertuduh ketujuh, S.Ravi Chandaran dipercayai mengalami keracunan makanan.

“Saya tidak fikir Vishwanath boleh memberi keterangan hari ini kerana dia muntah-muntah di dalam bilik lokap mahkamah,” katanya yang kemudian memohon prosiding hari ini ditangguhkan kepada hari lain manakala Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin tidak membantah permohonan itu.

Hari ini sepatutnya mahkamah mendengar keterangan pembelaan Vishwanath, yang merupakan saksi pembelaan keempat.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata mahkamah juga khuatir jika perbicaraan diteruskan, ia akan menjejaskan kedua-dua tertuduh dan beliau menangguhkan perbicaraan kes itu kepada 9 April.

Terdahulu sebelum prosiding bermula, kedengaran dua individu yang berada di lokap mahkamah muntah-muntah sebelum dimaklumkan mereka adalah tertuduh dalam kes itu.

R. Dinishwaran, 26; A.K Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; S. Nimalan, 25, Ravi Chandaran, 47, dan doktor tentera Kolonel Dr R.Kunaseegaran, 55, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 September 2015. – BERNAMA

Tags: Kes Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengarutlah Saya Tawar RM3.5 Juta – Najib

03/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin...

Tertuduh Ke Kondo Morais Sebelum Mangsa Hilang

19/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd