• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Bantu Kurang Mampu Tingkat Status Sosial

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah manifestasi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyediakan peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi terutama daripada kalangan B40, untuk memperoleh akses kepada pendidikan lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PTPTN ditubuhkan 20 tahun lalu ketika Najib, yang pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan, melaksanakan pendemokrasian pendidikan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan termasuk dalam kategori miskin menerusi aspek akademik, sekali gus menyediakan sosial mobiliti bagi meletakkan kumpulan itu dalam status sosial lebih tinggi.

“Negara kita merupakan satu-satunya kerajaan yang menyediakan tabung pendidikan terbesar untuk rakyatnya. Ia tentu sekali lahir daripada keikhlasan hati perdana menteri, dan hasrat perdana menteri ini diterjemahkan dari tahun ke tahun sehingga kini ia berdiri sebagai tabung kewangan yang gagah di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan 20 tahun PTPTN di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ahmad Zahid berkata kecemerlangan PTPTN juga mendorong banyak negara yang mahu belajar daripada Malaysia bagaimana tabung ini diuruskan secara profesional, sehingga dapat membantu kira-kira 2.8 juta rakyat Malaysia setakat ini.

Sepanjang 20 tahun penubuhannya, secara purata seramai 200,000 pelajar baharu akan mendapat tajaan PTPTN semasa melanjutkan pengajian pada setiap tahun dan setakat ini kira-kira 81 peratus peminjam yang perlu membuat bayaran balik telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

PTPTN berjaya mengutip bayaran balik sebanyak RM3.98 bilion pada tahun 2017, yang merupakan angka tertinggi berjaya dikutip berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu RM1.45 bilion pada 2015 dan RM3.43 bilion pada 2016.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata PTPTN kini dilihat lebih kukuh berbanding peringkat awal yang menyaksikan badan itu bertungkus lumus untuk mengutip kembali pinjaman yang diberikan.

“Di peringkat awal saya lihat ada cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh kakitangan PTPTN.. Kadang-kadang kita kena lebih tegas untuk mencapai matlamat, setakat ini hanya 29 peratus peminjam yang masih belum melunaskan pinjaman mereka. Jangan ingat tindakan yang dilakukan sebagai kezaliman, kena lihat kita yang sebenarnya zalim kerana tidak bayar hutang, mana-mana agama pun menuntut agar hutang dibayar.

“Sama juga kita dengan kerajaan, kita sering digambarkan sebagai kerajaan zalim, sering disalahkan dalam kempen-kempen untuk tanam kebencian rakyat terhadap kerajaan…walau apa pun, hutang perlu dibayar.

“Kalau kita digambarkan sebagai sebagai kerajaan atau organisasi yang zalim, sebenarnya lebih zalim kalau tak bagi pinjam kepada mereka yang layak dapat pinjaman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd