• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap DBKL

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga seorang daripada dua mangsa pokok tumbang di Jalan Ampang, pada Isnin lepas, bersetuju untuk bertolak ansur dan tidak mengambil tindakan undang-undang atas segala kesulitan menimpa anaknya iaitu Mira Ezva Abd Rashid, 25, yang terlibat kejadian itu.

Ayah mangsa, Abd Rashid Hussain berkata pihaknya telah berunding dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mereka bersetuju untuk menanggung segala kerugian serta kos rawatan anaknya.

“Kami sudah berhubung semalam dan pihak DBKL menyatakan akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku berhubung insiden itu,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Tun H. S. Lee, di sini.

Selain itu, beliau juga ingin memperbetulkan laporan media bahawa anaknya, Mira Ezva dan seorang lagi mangsa iaitu Norazrul Ahmad, 37, merupakan pasangan suami isteri.

“Mereka yang terlibat dalam insiden itu bukanlah pasangan suami isteri, bahkan hanya sekadar teman biasa dan saya ingin memohon maaf bagi pihak anak saya atas apa yang dilaporkan (mereka bernikah) oleh media sebelum ini.

“Laporan itu tidak benar, Mira mungkin dalam keadaan trauma akibat hentakan kuat pada kepala hingga berkata sesuatu yang tidak benar kepada media,” katanya.

Abd Rashid berkata anaknya masih dalam keadaan tidak stabil dan akan dibawa ke Bagan Datuk, Perak bagi membuat rawatan susulan di sana.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 pagi pada Isnin lepas, Mira Ezva yang membonceng bersama Norazrul, cedera pada kepala selepas motosikal mereka melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ampang Point.

Sementara itu, Norazrul yang mengalami cedera parah masih tidak sedarkan diri sejak kejadian dan sedang dirawat di Unit Penjagaan Rapi, Hospital Besar Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: DBKLPOKOK TUMBANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd