• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Polis Didakwa Rompak 2 Buruh Bangladesh

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap dua buruh binaan warganegara Bangladesh pada November tahun lepas

Konstabel Abdul Nasir Abdul Mukil, 26, dan Lans Koperal Mohd Faisal Yahya, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan terhadap Moshiar Rahman,42, dan Alam ,37, dengan niat bersama melarikan wang tunai RM8,000 dan dua telefon bimbit yang keseluruhannya berjumlah RM8,500.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di jejantas pejalan kaki Stesen LRT Pasar Seni di sini pada 6.50 petang, 14 Nov tahun lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM10,000 terhadap setiap tertuduh manakala dua tertuduh itu yang diwakili peguam P.Suthes memohon jaminan rendah kira-kira RM4,000 dengan alasan mereka penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarkan dua tertuduh itu masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran seminggu sekali.

Beliau menetapkan 23 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: anggota polisRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd