• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solidariti 3 Kaum Mampu Tawan Kembali Dun Chukai

oleh Ahmad Albab
08/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Solidariti tiga kaum utama di negeri ini, iaitu Melayu, Cina dan India diperlukan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata meskipun kaum Cina dan India adalah kaum minoriti tetapi undi mereka adalah penentu kejayaan BN di Parlimen Kemaman yang kini mendapat perhatian pelabur luar terutama dari China.

“Kita kena kerja sebagai satu pasukan (bagi menawan kembali DUN Chukai) walaupun kaum Cina (dan India) tak ramai tetapi undi anda penting bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14 kelak, sebab kita janji kalau BN menang di Chukai kita akan jadikan Kemaman bandar yang besar dan maju.

“Tapi kita kena kukuhkan politik dan tunjukkan solidariti agar politik kita lebih kukuh sebab kalau tidak ada politik kukuh, tiada pelabur yang datang untuk melabur,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman, di sini, semalam.

Dihadiri lebih 5,000 penduduk Kemaman, Ahmad Razif, isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Penyelaras DUN Chukai Datuk Mohamad Awang Tera turut memberikan angpau kepada 430 warga emas pada majlis itu.

Ahmad Razif berkata bahawa banyak lagi kemajuan yang akan dibawa ke Kemaman dan Chukai, termasuk meningkatkan sektor pelancongan sekiranya BN terus menguasai pada PRU14 kelak.

“Kini kerajaan negeri berusaha membawa lebih ramai pelancong dari China ke negeri ini bagi melihat sendiri budaya dan cara hidup masyarakat Cina peranakan di sini, yang berasimilasikan budaya hidup kaum Melayu.

“Sekarang kita nak perbanyakkan penerbangan terus rakyat China ke Terengganu supaya dia boleh lihat sendiri bagaimana orang Cina di sini hidup aman dan harmoni dengan kaum Melayu.

“Ada antara mereka yang terkejut melihat keunikan kaum Cina di sini apabila yang lelakinya berkain pelikat, bercakap Melayu dengan dialek Terengganu dan mengamalkan hidup macam orang Melayu. Ini yang kita nak mereka lihat,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN TerengganuDatuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Terengganu Terima, Hormati Keputusan Kalah PRN

BN Terengganu Terima, Hormati Keputusan Kalah PRN

13/08/2023
0

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tidak memihak kepada gabungan parti...

Tiga Bekas Menteri Disebut Antara Calon BN Terengganu

Tiga Bekas Menteri Disebut Antara Calon BN Terengganu

18/06/2023
0

KUALA TERENGGANU : Tiga termasuk bekas timbalan menteri antara nama yang disebut-sebut dicalonkan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd