• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Penggera ‘Berbunyi Kuat’ Sebelum Terhempas

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penggera amaran dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 kedengaran ‘berbunyi kuat’ ketika juruterbang mencuba sedaya upaya untuk menstabilkan pesawat sebelum ia menjunam ke dalam Laut Jawa bulan lalu, kata seorang penyiasat kemalangan.

Bunyi beberapa penggera, termasuk satu yang menunjukkan pesawat itu dalam keadaan pegun, boleh didengar menerusi rakaman kotak hitam dalam kokpit pesawat Airbus A320-200 itu, kata penyiasat itu kepada AFP, meminta tidak mahu namanya disiarkan.

“Penggera amaran, kita boleh katakan, berbunyi, manakala suara latar belakang mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) sibuk mencuba memulihkan keadaan,” kata penyiasat itu.

Penyiasat daripada Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan Indonesia (NTSC), menambah bahawa suara juruterbang ditenggelami oleh bunyi penggera yang kuat.

Pendedahan itu dinyatakan selepas Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berkata pesawat itu mendongak dalam keadaan luar biasa ketika ribut dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum terjunam ke dalam laut.

“Pada minit terakhir, pesawat mendongak pada kelajuan yang luar biasa,” kata menteri itu kepada pemberita.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 penumpang dan anak kapal, dan setakat ini hanya 53 mayat dijumpai.

Ketua Jawatankuasa Tatang Kurniadi berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan siap pada Selasa, sebulan selepas kemalangan.

Beliau berkata laporan penuh tidak akan didedahkan kepada umum, namun pihak media akan diberitahu sebahagian besar kandungannya. – AFP

Tags: AirAsia IndonesiaQZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd