• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Antara Ditahan Dalam Op Bersepadu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran di sini antara yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi di Plaza Tol Jitra (arah Selatan) dekat Jitra malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas motosikal yang ditungganginya itu tidak mempunyai rekod pemilikan (rekod tidak wujud) sebelum ianya disita untuk pemeriksaan.

“Pelajar itu juga cuba melarikan diri sebaik melalui lorong motosikal di plaza tol tersebut untuk pulang ke rumahnya dan apabila diminta kad pengenalan dan lesen memandu dia juga gagal mengemukakannya.

“Buat masa ini, motosikal yang katanya dipinjam daripada bapa saudaranya itu kita sita dan pelajar itu kita lepaskan selepas ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengambilan dadah,” katanya di sini, hari ini.

Dalam operasi tersebut, seramai 23 pemandu dan penumpang kenderaan turut diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan seramai enam lelaki tempatan berumur 19 hingga 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu.

Mereka kemudian ditahan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 dan dibawa ke pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.

Katanya, sebanyak 56 saman dikeluarkan terhadap pesalah trafik kerana tiada lesen memandu, tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan.

Selain itu, sebanyak 28 pemandu kenderaan termasuk lori, bas ekspres dan teksi diperiksa dan ada yang diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara.

Kesalahan yang dilakukan ialah memandu bas tanpa pemandu kedua, tiada tiket bercetak komputer, tiada pemandu pelancong untuk bas persiaran dan gagal mengemukakan permit kenderaan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Op Bersepadupelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd