• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Untuk Menghadiri WEF Ke-45

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZURICH (Switzerland) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini lewat Rabu dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45, yang bermula hari ini.

Najib yang tiba pada 10.10 malam (waktu tempatan) di Zurich ExecuJet Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich, disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor dan isteri Datin Anna Amalina Imam Baweh.

Najib yang menghadiri WEF buat kali kedua, mengetuai delegasi Malaysia pada forum tahun ini yang bertemakan ‘Konteks Baharu Global’.

Najib dijangka menyampaikan mesej jelas, selain meletakkan asas yagn tepat ke arah merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN, selari dengan kepimpinan Malaysia dalam kumpulan serantau itu tahun ini.

Dianggotai 10 negara, ASEAN hari ini mempunyai lebih daripada 600 juta penduduk dengan gabungan keluaran dalam negara kasar US$2.4 trilion, menjadikannya ekonomi ketujuh terbesar dunia.

Selain Najib, ketua kerajaan atau negara yang telah mengesahkan penyertaan masing-masing pada forum yang berakhir pada 24 Jan itu termasuk Raja Abdullah II Jordan dan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi.

Forum tahun itu berlangsung di Davos, resort pergunungan di Graubunden, di wilayah timur Alps Switzerland, terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Zurich.

WEF kali ini bakal menyaksikan lebih daripada 40 pemimpin dunia serta 2,500 peserta yang terdiri daripada pegawai eksekutif, cendekiawan akademik, pakar serantau, pembuat dasar selain pemimpin perniagaan dari 140 negara.

Najib juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Kazakhstan Karim Massimov, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu dan Perdana Meneri Belanda, Mark Rutte.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.

WEF, yayasan yang ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan dan berpejabat di Cologny, Geneva, ialah badan bebas antarabangsa yang komited untuk menyatukan pemimpin perniagaan, politik serta akademik, untuk kemakmuran dunia. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSwitzerland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd