• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Kempen Hina Etnik Bugis Pada PRU – PPBMI

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) berharap anggota politik tertentu di Malaysia tidak mempergunakan isu etnik Bugis dalam kempen meraih sokongan atau undi menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-14.

Ketua Umum PPBMI, Arwin Welhalmina berkata parti-parti politik tertentu di Malaysia harus sedar bahawa mempergunakan isu itu dalam kempen mereka hanya akan memberi kesan buruk kepada hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Harapan kami agar stigma negatif yang wujud susulan daripada insiden ucapan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad tempoh hari mengenai etnik Bugis tidak berulang lagi dalam usaha menjamin kelangsungan hubungan baik kedua-dua negara.

“Elemen etnik tidak boleh dieksploitasi dalam mana-mana pentas politik,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di sini hari ini.

PPBMI merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki 11 cawangan menghimpunkan sekitar 2,000 anggota dari kalangan orang muda etnik Bugis di seluruh Indonesia.

Dr. Mahathir ketika berucap pada perhimpunan 14 Oktober tahun lepas mengaitkan keturunan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai keturunan “lanun Bugis”.

Arwin sebelum ini turut mendesak Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu. – BERNAMA

Tags: Bugis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Baju Bodo Kian Jadi Pilihan Pengantin

20/01/2019
0

ANGGUN... Baju Bodo, mungkin namanya agak ganjil namun pakaian tradisional Bugis itu, kini semakin mendapat tempat di hati kalangan bakal...

Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?

30/12/2017
0

KUALA LUMPUR - "Polis adalah satu institusi yang ramai anggotanya dan besar peranannya. Saya tertanya-tanya apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd