• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersenam 3 Kali Seminggu, Sherry Surut 7 Kilogram

oleh
07/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK nama sebenar, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau nama komersilnya, Sherry Alhadad tidak perlu diperkenalkan lagi di industri hiburan tanah air.

Sikap dan karakter Sherry yang bersahaja, lucu serta berkeyakinan tinggi ternyata menjadi inspirasi buat masyarakat dalam mengejar cita-cita.

Dalam perkembangan terkini, Sherry yang bertekad mengamalkan gaya hidup sihat dan kawal berat badan di saat usia memasuki 34 tahun pada November depan ternyata diam-diam sudah susut sebanyak tujuh kilogram (kg).

Maka tidak hairanlah ketika menjadi pengacara acara berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 baru-baru ini, ramai juga yang memuji bentuk tubuhnya yang kini semakin susut dan menawan.

Mengakui mula aktif bersenam sejak sebulan lalu,Sherry menjelaskan tindakan tersebut bukan untuk kurus sebaliknya dia ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Suatu hari, saya terjaga daripada tidur dan terus membuat keputusan mengamalkan gaya hidup sihat kerana usia bakal menginjak 34 tahun.

“Saya sedar stamina tidak lagi seperti dulu kerana cepat penat. Malah, lutut juga berbunyi ketika naik tangga,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Tambah Sherry, meskipun mempunyai bentuk tubuh yang besar namun dia cukup aktif selain mengakui begitu suka melakukan perkara baharu.

“Ada pandangan kononnya orang berbadan besar itu tidak sihat, yang kurus pula sebaliknya. Itu semua tidak benar.

“Selain itu, ada juga peminat yang menghantar mesej secara peribadi. Mereka suka dengan bentuk tubuh saya sekarang.

“Sebenarnya, apa yang saya buat bukanlah hendak kurus, sebaliknya mahu sihat dan bertenaga,” tambah Sherry.

Ujar Sherry lagi, dia sering bersenam tiga kali seminggu selama sejam dan mengakui berjaya mengurangkan tujuh kilogram dalam tempoh sebulan.

Katanya, keterujaan gaya hidup sihat yang diamalkan saat ini kerana didorong oleh pembantu peribadinya, Aqella yang dikatakan cukup bersemangat dan aktif.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: sherry al-hadadSherry Alhadad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sherry, Saya Minta Maaf” – Mark Adam

20/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Mark Adam memohan maaf kepada pengacara, Sherry Alhadad selepas gurauan saiz badan pada konsert pertama Big...

Mark Adam Sindir Saiz Badan Sherry

19/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi Mark Adam menerima kecaman apabila gurauannya terhadap pengacara Sherry Alhadad yang mempersendakan saiz fizikal wanita itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd