• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trem Di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang Dan Bangi

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem perkhidmatan trem dirancang diwujudkan di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata suruhanjaya itu akan mula menyediakan Permohonan Cadangan (RFP) bagi projek berkenaan, yang dijangka siap antara tiga dan enam bulan.

“Projek ini akan mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk dilaksanakan mengikut fasa sebaik sahaja ia diluluskan dan kami akan pastikan ia diintegrasikan dengan perkhidmatan pengangkutan lain.

“Antara sebab Putrajaya dan Bangi dipilih adalah kerana jalan rayanya lebar dan sesuai dengan trem,” kata beliau kepada pemberita selepas membentangkan Laporan Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata sistem itu akan diintegrasikan dengan Transit Aliran Massa (MRT) 3, Express Rail Link (ERL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) bagi menghubungkannya dengan Putrajaya Sentral apabila dilaksanakan kelak.

“Kajian tentang sistem (trem) ini dijalankan sepenuhnya oleh SPAD tahun lepas dengan merujuk kepada teknologi dari Taiwan, China dan Eropah,” katanya.

Menurut beliau, perbelanjaan bagi pelaksanaan sistem perkhidmatan trem adalah 30 peratus lebih rendah daripada sistem monorel.

Mohd Azharuddin berkata trem merupakan penyelesaian pengangkutan yang lebih bersih, hijau dan cekap. – BERNAMA

Tags: Mohd Azharuddin Mat SahSPAD
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd