• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemanah Negara Mara Final Piala Asia Di Bangkok

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki dan Sazatul Nadhirah Zakaria, mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir Kejohanan Memanah Piala Asia Peringkat Pertama di Bangkok, Thailand hari ini.

Mohd Juwaidi, yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, menang tipis 147-145 ke atas pemanah Indonesia, Prima Wisnu Wardhana, dalam kategori lelaki pada kejohanan itu, yang berlangsung di Lapang Memanah Lembaga Sukan Thailand.

Menurut laman web Asian Archery, www.asianarchery.com, Mohd Juwaidi akan berdepan Alexander Sergeyvich Dambaev pada aksi final esok selepas pemanah Rusia itu mengalahkan rakan senegaranya, Anton Bulaev, 148-143 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sazatul Nadhirah pula menempah tiket ke final selepas mengatasi pemanah Rusia, Mariia Vinogradova, 141-138.

Hasrat seorang lagi wakil negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, untuk melangkah ke final tidak kesampaian selepas ditewaskan 144-148 oleh pemanah India, Muskan Kirar.

Terdahulu, pemanah recurve lelaki negara, Haziq Kamaruddin, gagal melangkah ke peringkat akhir setelah tewas 3-7 kepada wakil Perancis, Thomas Chirault pada aksi separuh akhir.

Seramai 227 pemanah dari 25 negara menyertai kejohanan lima hari itu yang bermula sejak Ahad lepas. – BERNAMA

Tags: memanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Jadi Pemanah Tradisional Ke-2 Terbaik Dunia

27/12/2018
0

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah tradisional remaja Lee Jin Ming kini bergelar...

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

21/08/2018
0

JAKARTA - Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di sini hari ini mempamerkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd