• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Teknologi Batu Blok Kekunci Bina Rumah Rakyat

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza bercadang mahu membawa teknologi penggunaan batu blok kekunci ciptaan Kolej Uniti, untuk membina rumah mesra rakyat di sekitar Linggi, dekat sini.

Beliau berkata pihaknya sedang dalam perbincangan untuk merealisasikan hasrat itu dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Kajian kesesuaian akan dijalankan bagi memastikan batu blok kekunci ini sesuai dan murah untuk digunakan sebagai bahan binaan membina rumah mesra rakyat.

“Perancangan awal ialah membina 10 buah rumah mesra rakyat di bawah SPNB menggunakan batu blok kekunci, kerana ketika ini tidak ramai kontraktor berminat membina rumah mesra rakyat kerana kaedah konvensional kurang menguntungkan disebabkan kosnya yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Program Keusahawanan Kolej Uniti, yang turut dihadiri Presiden Kolej Uniti, Datuk Jamal Mohd Amin.

Sementara itu, Jamal berkata setakat ini enam buah rumah berkeluasan 2,000 kaki persegi dengan kos RM360,000 sebuah, berjaya dibina menggunakan kaedah batu blok kekunci.

Beliau berkata batu blok kekunci itu mendapat kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) dan kajian dijalankan pihaknya mendapati struktur yang dibina dengan kaedah itu lebih kukuh dan kos lebih murah selain menjimatkan masa pembinaan.

Dalam perkembangan lain, Jamal berkata 250 pelajar Kolej Uniti terlibat dengan program keusahawanan pelbagai bidang, antaranya penanaman cili dan terung fertigasi, koperasi, projek pembinaan rumah menggunakan batu blok kekunci dan keusahawanan Artera Tots (busy book).

“Usaha mendidik pelajar terlibat dengan bidang keusahawanan ini adalah untuk melahirkan graduan yang celik perniagaan dan dapat mencipta pekerjaan dan bukannya hanya mengharapkan untuk mengisi kekosongan jawatan semata-mata.

“Selain penuntut dapat menimba ilmu dan kemahiran berkenaan, mereka juga mampu mendapatkan wang saku yang boleh digunakan bagi menampung kos pengajian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Rahman Mohd Redza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Linggi Diperkasa Destinasi Pendidikan, Pelancongan

08/05/2018
0

PORT DICKSON - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi akan terus diperkasa sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka di Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd