• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Dr. Kunaseegaran Diperintah Bela Diri

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kolonel Dr. R. Kunaseegaran membela diri terhadap dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima suapan berjumlah RM700,000 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal perubatan swasta, lima tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan, yang telah memanggil 16 saksi sepanjang perbicaraan itu, membuktikan kes prima facie terhadap Dr. Kunaseegaran.

Beliau menetapkan 15 Mac ini untuk tertuduh membela diri.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili Dr. Kunaseegaran, 55, memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri ketika prosiding bela diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohammed Heikal Ismail.

Bagi kedua-dua pertuduhan rasuah itu, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut sebagai upah kerana telah mencadangkan Syarikat RAZ Medical Supplies Sdn. Bhd., B & S Enterprise dan Caremed Global Sdn. Bhd. untuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai buang perubatan bagi 2013 untuk HATTM.

Dr. Kunaseegaran didakwa secara rasuah meminta wang tunai RM700,000 daripada pemilik RAZ Medical Supplies, Abdul Razar Abdullah, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit miliknya pada 11.58 pagi, 29 Ogos 2013.

Dia juga didakwa bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM700,000 daripada Abdul Razar di hadapan Empire Gallery Subang Jaya dekat sini pada 5.15 petang, 3 September 2013.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Dr. Kunaseegaran boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintah tertuduh membela diri terhadap pertuduhan pilihan iaitu mendapatkan untuk dirinya sendiri wang tunai RM700,000 daripada Abdul Razak tanpa pertimbangan balasan, dengan Dr. Kunaseegaran mengetahui bahawa RAZ Medical Supplies, B & S Enterprise dan Caremed Global berkepentingan atau mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Empire Shopping Gallery kira-kira 5.15 petang pada 3 September 2013, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dr. Kunaseegaran, yang ditahan di Penjara Sungai Buloh dekat sini, kini dibicarakan atas pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki lain dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, tiga tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Dr Kunaseegaranrasuah
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd