• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suami Wanita China Dibunuh

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warganegara China, yang kepalanya ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri Aman, kira-kira 280 kilometer dari sini, tiga hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata lelaki berumur 42 tahun itu, yang juga suami wanita berkenaan, ditahan reman tujuh hari sejak semalam selepas keterangan yang diberikan beliau kepada polis mengenai kehilangan isterinya didapati meragukan.

Beliau berkata dalam keterangannya, peniaga tempatan itu yang mempunyai dua anak, berkata isterinya telah hilang beberapa hari tetapi dia tidak membuat laporan polis atas alasan tertentu.

“Kes ini diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Usaha sedang dijalankan untuk mengumpul keterangan dan mengenal pasti identiti suspek yang terlibat.

“Semalam bedah siasat telah dijalankan ke atas kepala berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dev berkata pemeriksaan awal yang dijalankan oleh doktor di Hospital Sri Aman mendapati bahawa wanita yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, dan kes pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Beliau berkata pada hari berikutnya seorang lelaki warga China mengecam wanita itu sebagai anaknya yang berumur 31 tahun yang berkahwin dengan seorang peniaga tempatan pada 2011 dan menetap di Sri Aman.

Pada 3 Mac, penduduk Sri Aman digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala manusia di tebingan sungai Batang Lupar, Sri Aman, dan pemeriksaan oleh pasukan polis di tempat kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut adalah kepala seorang wanita. – BERNAMA

Tags: DibunuhKetua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

17/04/2024
0

KAJANG - Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat...

Zayn Rayyan Dibunuh

Zayn Rayyan Dibunuh

07/12/2023
0

Sungai Buloh: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd