• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Pasar Raya Didakwa Tumbuk Rakan Sekerja

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pekerja pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk dan menendang rakan sekerjanya yang merupakan pengawal keselamatan.

Ku Ahmad Fikri Ku Abdul Halim, 24, yang bekerja sebagai penyusun barang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kami Krishna Bahadur, 36, warga Nepal, dengan menumbuk dahi dan kepala serta menendang paha mangsa di pasar raya Giant, SS 6/12, Kelana Jaya, Petaling, di sini pada 12.15 tengah hari, 28 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin namun bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anaknya baru sahaja bekerja manakala dia tidak bekerja.

Majistret Nurulhuda Zakariya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: rakantumbuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

30/12/2024
0

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bersama rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd