• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Cuba Bakar Lori Adik Ipar

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membakar lori milik adik iparnya tahun lalu.

Tertuduh, D.Jaya Ram Naidu, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api iaitu telah cuba membakar bahagian belakang sebelah kanan lori milik S.Ashokumar, 37, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pukul 12.30 tengah malam pada 28 Ogos 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia mempunyai isteri selain menjaga ibu yang uzur.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan selain tidak mengganggu saksi dan menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: loriPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

27/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video memaparkan konvoi lori membawa bendera Barisan Nasional (BN) di sebuah jalan di Negeri Sembilan tular...

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

Lelaki Maut Tersepit Dalam Lori 

23/03/2026
0

JERAM, 23 Mac – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis selepas tersepit di dalam sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd