• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli ABM Akan Terus Beri Pinjaman Perumahan

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) mengulangi bahawa ahlinya, yang merangkumi bank-bank komersial yang beroperasi di Malaysia, akan terus menyokong dan menyediakan pinjaman perumahan kepada pembeli rumah yang layak, termasuk pembeli rumah kali pertama serta segmen mampu milik.

Dalam satu kenyataan hari ini, ABM berkata, ini dibuktikan oleh jumlah kelulusan pinjaman keseluruhan yang tinggi daripada bank-bank, sebanyak RM161 bilion untuk pembiayaan rumah kepada lebih 375,000 peminjam pada 2017.

“Jelas bahawa pembiayaan masih diberikan kepada peminjam yang layak memandangkan 71 peratus peminjam membabitkan pemilik rumah mampu milik kali pertama dan ini diperkukuh lagi dengan kadar kelulusan pinjaman perumahan sebanyak 73 peratus pada 2017,” katanya merujuk kepada artikel oleh The New Straits Times baru-baru ini bertajuk ‘‘Relax financing requirement guidelines’ (Pemudahkan garis panduan syarat pembiayaan) gesa MIEA (Institut Ejen Hartanah Malaysia).

“Bank ahli kami terlibat dalam perniagaan pinjaman, dan oleh itu akan terus menyediakan pembiayaan kepada peminjam yang layak dan pada masa yang sama mematuhi garis panduan pembiayaan yang bertanggungjawab bagi mengurangkan risiko kewangan kepada bank dan peminjam supaya peminjam tidak terlalu dibebani oleh kewajipan membayar balik pinjaman,” katanya.

ABM menekankan bahawa pembeli rumah perlu menyedari kelayakan dan kemampuan mereka berdasarkan kedudukan kewangan semasa dan memilih hartanah berdasarkan kedudukan itu.

“Sebab utama penolakan permohonan pinjaman termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kekurangan pendapatan untuk menyokong jumlah pinjaman yang digunakan, komitmen kewangan yang tinggi berbanding pendapatan, sejarah kredit yang buruk, dokumentasi lemah atau rekod perbankan dan ketidakupayaan untuk membayar pinjaman itu,” katanya.

Ia berkata pembeli rumah kali pertama dinasihatkan meneroka pelbagai skim perumahan di bawah inisiatif kerajaan bagi pemilikan rumah seperti Skim Rumah Pertamaku, Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Perumahan PR1MA.

“Bank ahli kami juga memperkenalkan pelbagai produk kewangan yang fleksibel menerusi inisiatif kerajaan yang disesuaikan untuk pelbagai tahap pendapatan yang disasarkan untuk menyediakan peluang perumahan yang sesuai dan mampu milik,” katanya.

Persatuan itu berkata maklumat berguna untuk pembeli rumah dalam segmen mampu milik serta data/statistik mengenai pinjaman perumahan yang diluluskan, boleh didapati di laman web Perumahan Watch, www.housingwatch.my.

“Pembeli rumah kali pertama perlu berbincang dan bekerjasama dengan bank dan/atau pembiaya mereka bagi mendapatkan pakej pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.

“Orang ramai boleh menghubungi ABMConnect di 1300-88-9980 atau melalui eABMConnect di www.abm.org.my untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan masalah pinjaman perumahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ABM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BAM, ABM Bakal Dipisahkan

24/04/2022
0

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melaksanakan penstrukturan semula menerusi pemisahan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM)....

Bank Akur Kritikan, Tarik Balik Pelaksanaan Caj Perkhidmatan

26/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hebat dikritik kerana mengenakan caj perkhidmatan bank, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd