• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NRE Tawar Khidmat Urus Pokok Menerusi FRIM

oleh Ahmad Albab
06/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerusi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menawarkan khidmat bantuan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pengurusan pokok bagi mengelak kejadian pokok tumbang.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata FRIM mempunyai kepakaran dan teknologi terkini bagi membantu dan melatih kakitangan PBT menjalankan pemeriksaan pokok dan penyelenggaraan berkala dengan lebih sistematik dan mengikut amalan ‘best agriculture’.

“FRIM bersedia membantu untuk mengenal pasti risiko pokok yang berbahaya di kawasan masing-masing dengan tawaran khidmat nasihat, perundingan teknikal dan latihan.

“FRIM juga sedia bekerjasama dalam menganjurkan bengkel dan seminar dalam pengurusan pokok bandar,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Saranan itu dibuat berikutan kejadian pokok berusia lebih 130 tahun tumbang berhampiran Menara Berkembar Petronas KLCC, Jalan Ampang pagi semalam, yang mencederakan dua orang.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan semalam berkata kejadian pokok tumbang itu disebabkan pereputan pada bahagian akarnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal dan berlaku di luar jangkaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata menurut ‘arboris’ (pakar dalam mengendalikan tumbuhan berkayu terutamanya pokok) di FRIM, pemeriksaan ke atas pokok-pokok besar di mana-mana bandar perlu ditingkatkan oleh pihak berkelayakan bagi tindakan dan rawatan yang sesuai.

“Oleh itu, pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya tiga atau enam bulan amat penting dilakukan oleh arboris atau pekerja yang dilatih oleh mereka yang bertauliah,” katanya.

Menurutnya, kementerian memandang serius isu penjagaan pokok ke arah pengurusan pokok bandar yang lebih efektif dan pemuliharaan pokok warisan bagi mengoptimumkan faedah serta mengurangkan risiko demi kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Tags: FRIMWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd