• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Perlu Sokongan Pusat Untuk Terus Maju

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Kedah memerlukan sokongan padu Kerajaan Persekutuan untuk terus maju, sekali gus berkembang pesat pada masa hadapan, kata anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Sehubungan itu, beliau berkata bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan negeri ini sangat penting bagi memastikan setiap perancangan dapat direalisasikan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu Kedah… tidak lupa kepada rakyat Kedah untuk mewujudkan lebih banyak infrastruktur dan pembangunan bagi memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Anum di Jitra dekat sini hari ini.

Beliau berkata rakyat sendiri boleh menilai kerajaan sedia ada di bawah pimpinan perdana menteri itu terbukti banyak melaksanakan perancangan demi kemajuan negeri ini.

Antaranya yang terbaharu ialah usaha menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar menjadi lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selain itu, usaha untuk merancakkan lagi ekonomi di Zon Bebas Cukai serta pembesaran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Kedah terus memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri sedia ada supaya segala perancangan untuk pembangunan dapat berjalan lancar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari Baharum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM5.68 Juta Peruntukan Seleggara Sekolah ATM 2016-2017

02/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan membelanjakan sebanyak RM5.68 juta untuk penyelenggaraan sekolah di kem Angkatan Tentera (ATM) pada 2016 hingga...

PLKN 2.0 Bawa Perubahan Positif Kepada Pelatih

22/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) membawa perubahan yang lebih baik kepada pelatihnya sejak transformasi dilaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd