• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbogel Sebelum Peluk Pramugari Malindo Air

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMA ada gila seks atau mental, seorang lelaki ditahan selepas berkelakuan lucah dalam pesawat apabila berbogel dan menyerang kru penerbangan.

Insiden berkenaan berlaku dalam pesawat Malindo Air yang dalam perjalanan ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.

Difahamkan, suspek berusia 20 tahun yang juga merupakan pelajar dari sebuah universiti di Cyberjaya itu didakwa melakukan masturbasi di tempat duduk sambil menonton pornografi menerusi komputer ribanya.

Menurut beberapa saksi, lelaki itu juga berjalan ke tandas dalam keadaan tidak berpakaian selain turut membuang air kecil di tempat duduknya.

Melihat kejadian pelik tersebut, seorang pramugari bertindak menegurnya supaya memakai pakaian namun malangnya buat wanita itu apabila suspek mula bersikap agresif dan menyerang pramugari berkenaan.

Berikutan keadaan di luar kawalan, lelaki itu ditahan oleh penumpang lain di pesawat dengan mengikat tangannya menggunakan kain.

Beberapa gambar suspek yang tidak berpakaian itu turut tersebar di media sosial termasuk aplikasi mudah alih WhatsApp.

Menurut wakil Malindo, penumpang berkenaan dibawa oleh pasukan keselamatan Dhaka semasa ketibaan sebelum ditahan.

“Berkenaan dengan insiden seorang penumpang yang mencetuskan gangguan dalam penerbangan OD162 ke Dhaka pada 3 Mac, anak kapal telah mengikut prosedur operasi standard untuk menahan penumpang bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku terhadap kru dan penumpang.

“Kami akan terus memastikan penumpang menaiki penerbangan dengan lancar,” tulis pihak Malindo dalam satu kenyataan di laman Facebook syarikat itu.

Dalam kapal terbang yang dipenuhi orang pun masih tergamak berbogel dan menonton video porno. Orang seperti ini perlu diperiksa tahap kesihatan mentalnya agar tidak berlaku perkara buruk di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berbogelMalindo Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd