• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokok Tumbang Disebabkan Pereputan Akar

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pokok yang tumbang di Jalan Ampang pagi tadi adalah disebabkan pereputan pada bahagian akarnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal dan berlaku di luar jangkaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan hari ini berkata pereputan akar pokok itu menyebabkan pokok tidak stabil dan mudah tumbang.

Menurut kenyataan itu, pokok tersebut merupakan daripada spesies Hujan-hujan yang berusia lebih 130 tahun dengan ukur lilit 4.65 meter.

Pokok Hujan-hujan merupakan tanaman landskap di Jalan Ampang iaitu antara jalan terawal dibina di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, pokok-pokok di Jalan Ampang diselenggara mengikut jadual sebanyak dua kali setahun dan pada tahun lepas ia dijalankan dari 1 hingga 30 April dan 11 hingga 27 Disember.

Kerja-kerja yang terlibat pada selenggaraan terakhir ialah penebangan tiga batang pokok, 70 cantasan dan kerja-kerja ‘crown reduction’ (pemangkasan silara) ke atas 19 pokok.

Menurut kenyataan itu lagi, DBKL telah melaksanakan penyelenggaraan dengan melantik arboris untuk membuat pemeriksaan pokok secara fizikal di sekitar ibu kota.

Hasil daripada laporan arboris itu, DBKL akan dapat mengenal pasti lokasi pokok yang berisiko bagi diambil tindakan.

Selain itu, DBKL juga sedang merangka Pelan Pengurusan Pokok Berisiko dengan memberi keutamaan di kawasan tepian jalan dengan melantik arboris untuk membuat pemeriksaan terperinci.

Hasil daripada pemeriksaan ini, arboris perlu mengemukakan cadangan pengurusan pokok yang perlu dilaksanakan sama ada dikekal, ditebang dengan membuat penggantian atau ditebang tanpa penggantian.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi, seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas motosikal mereka melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC di sini. – BERNAMA

Tags: DBKLPOKOK TUMBANG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd