• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBNS Puas Hati Percaturan Mohd Azraai

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berpuas hati dengan percaturan pemain oleh ketua jurulatih baharu, Mohd Azraai Abdulah walaupun pasukan itu kalah tipis 1-0 kepada Kedah pada pusingan kedua Piala FA, Jumaat lepas.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata walaupun baru dua hari ketua jurulatih tersebut mengambil alih tugas daripada jurulatih Jerman, Jorg Peter Steinebrunner, Mohd Azraai dilihat mampu mengendalikan pasukan Hobin Jang Hobin.

“Jelas menunjukkan bahawa bila saya tukar kepimpinan jurulatih, ia berjaya. Ini merupakan satu permulaan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri di sini, hari ini.

Mohamad, yang juga Menteri Besar, berkata jurulatih berusia 65 tahun itu dilihat mampu menyusun jentera pemain ketika berada di atas padang dengan kelebihan dan pengalaman yang beliau ada sepanjang menerajui Negeri Sembilan pada 2011.

“Azraai mempunyai pengalaman, mempunyai rekod baik bersama Negeri Sembilan … menang Piala Malaysia selepas menunggu 48 tahun.

Kesemua pemain tempatan merupakan bekas anak didiknya, beliau tahu di mana kemampuan setiap pemain yang ada, itu antara ramuan yang perlu ada,” katanya.

Minggu lepas, PBNS melantik Mohd Azraai sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super Negeri Sembilan bagi menggantikan Steinebrunner yang meletakkan jawatan.

Mohd Azraai pernah membawa skuad itu memenangi Piala Malaysia pada 2011.

Sejak Liga Super musim ini bermula 3 Feb lalu, Negeri Sembilan di bawah bimbingan Steinebrunner mengalami tiga kekalahan dan hanya mencatat satu kemenangan.

Pasukan itu membuka kempen Liga Super dengan langkah kiri apabila kalah 1-0 kepada PKNP disusuli kekalahan kedua 3-0 ke atas Melaka United pada 11 Feb dan kalah 2-1 kepada Terengganu, 23 Feb lalu.

Negeri Sembilan hanya menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur pada 7 Feb lalu dan kini terperosok di tangga ke-11 di hadapan Kuala Lumpur yang tercorot dalam kedudukan liga. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPBNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Namibia Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tok Mat

Malaysia-Namibia Perkukuh Hubungan Diplomatik – Tok Mat

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menghoskan majlis makan tengah hari tadi bagi meraikan lawatan kerja Menteri...

Tok Mat Puji Majlis Muhibah Perdana 2026, Hidup Berjiran Kena Saling Menghormati

Tok Mat Puji Majlis Muhibah Perdana 2026, Hidup Berjiran Kena Saling Menghormati

19/04/2026
0

SEREMBAN - Menteri Luar yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru anggota masyarakat supaya terus saling menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd