• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lepas Geram Dalam Dewan Rakyat – Pandikar

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menasihati anggota parlimen agar mengawal emosi ketika berbahas atau menyuarakan pandangan pada persidangan kali ini.

Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat melepaskan geram, sebaliknya menyuarakan pendapat dengan berhemah.

“Biarlah geram masing-masing dilepaskan sewaktu kempen pilihan raya, jangan di Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13, di sini, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 5 April depan, yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14.

Ditanya mengenai kemungkinan parlimen dibubarkan semasa persidangan berlangsung, beliau berkata perkara itu terserah pada kuasa eksekutif dan tidak ada kena-mengena dengan tugasnya selaku speaker.

Ditanya kemungkinan usul ‘Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Semenanjung dan Sabah’ akan dibentangkan kali ini, Pandikar berkata: “Belum saya nampak lagi ‘order paper’ (aturan urusan mesyuarat)… masih panjang lagi masa.” – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Dewan RakyatTan Sri Pandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd