• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspo Terengganu Akan Diperluas Ke Semua Daerah

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kejayaan kerajaan negeri menganjurkan Ekspo Terengganu 2018 memberi inspirasi untuk diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini bermula bulan depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ekspo tersebut bakal mengetengahkan keunikan daerah masing-masing mengikut acuan kawasan berkenaan.

“Saya telah memberitahu anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya bersedia kerana Ekspo Terengganu 2018 bukan permulaan dan pengakhiran, kita akan turun ke daerah-daerah dan buat ekspo sebegini tetapi dalam skala kecil.

“Kalau ada masa lagi, mungkin juga kita akan turun sehingga ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)…kita akan turun dan buat dalam tempoh tiga hari dua malam, jadi selepas ini akan ada lapan lagi ekspo sebegini yang memfokuskan apa yang akan dan sedang berlaku di daerah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selepas sidang media pada majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.

Seramai 621,338 pengunjung telah datang ke ekspo yang berlangsung selama lapan hari bermula 25 Feb lepas dan ia turut mencatatkan sejarah menjadi antara penganjuran ekspo yang terbesar di Pantai Timur.

Tambah Ahmad Razif, ekspo berskala kecil tersebut bakal mempunyai hala tuju tersendiri yang mana mereka memfokuskan kepada suara rakyat.

“Apa juga komen daripada rakyat akan kita gunakan untuk merealisasikan pembangunan yang telah dicadangkan,” katanya.

Ekspo Terengganu 2018 yang menutup tirainya semalam telah menerima pelbagai maklum balas positif daripada rakyat dan pujian banyak pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – BERNAMA

Tags: Ekspo Terengganu 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 85,000 Kunjungi Ekspo Terengganu Hari Ini

04/03/2018
0

KUALA NERUS – Suasana di Ekspo Terengganu 2018 semakin hangat dengan kehadiran lebih 85,000 pengunjung sejak awal pagi hingga tengah...

“Dok Seke, PM Belanja Saya!” – Pembeli

04/03/2018
0

KUALA NERUS - “Dok seke (tak sangka) hari ni PM (Perdana Menteri) belanja saya!” Itu reaksi seorang pembeli yang terkejut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd