• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSV Rasa ‘Kerdil’ Terpisah Dengan Rakan Depan Kaabah

oleh AK-47
04/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK empat hari lalu, pengasas kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida (DSV) berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Meskipun sudah banyak kali ke kota suci itu, namun benarlah apa yang diceritakan oleh semua orang bahawa setiap pengalaman umrah tidak akan sama seperti yang sebelumnya.

Mahu fokus beribadah kerana niatnya mahu bersujud dan berdoa di hadapan Kaabah, DSV meminta bantuan rakannya untuk menjaha beg yang berisi barangan penting seperti beg duit dan telefon bimbitnya.

Namun, alangkah paniknya beliau apabila mendapati dalam lautan manusia, dirinya terpisah dengan rakan yang menemaninya beribadah sebentar tadi!

Ini kerana, beberapa anggota polis yang menjaga kawasan itu telah menghalau jemaah yang berada di kawasan, mengakibatkan DSV yang masih ralit berdoa ketika itu terpaksa ‘ditinggalkan’ terkontang-kanting di situ oleh rakannya.

Berasa diri terlalu kerdil kerana pertama kali berasa cemas sebegitu kerana terpisah daripada rakanna dan tanpa membawa sebarang beg, mujurlah dua orang wanita Malaysia sudi membantu meminjamkan telefon bimbit untuk menghubungi temannya itu.

Kata Vida melalui kapsyen entri Instagram miliknya mengenai insiden tersebut, beliau tidak mengingati nombor telefon rakannya itu jadi beliau terpaksa menelefon stafnya di Malaysia.

“Saya call staff saya kat Malaysia.. Waktu Makkah pukul 8.00 malam, di Malaysia pula 2.00 pagi.. Saya telefon tidak berangkat.

“Saya cuba hubungi staf lain iaitu Puan Fiza dan berjaya mendapatkannya, namun dia tidak menyimpan nombor telefon rakan saya. Sehingga saya terpaksa telefon peguam saya,” cerita DSV lagi.

Dua wanita Malaysia yang bantu meminjamkan telefon kepada DSV untuk menghubungi rakannya.

Jutawan kosmetik itu benar-benar terkesan dengan peristiwa itu dan berkali-kali berterima kasih kepada dua wanita Malaysia yang membantunya mendapatkan rakannya yang terpisah itu.

Bagaimanapun, DSV yang sentiasa berfikiran positif itu hanya menganggap terdapat hikmah di sebalik kejadian tersebut dan berpendapat ianya merupakan pengalaman yang berharga dan ‘rare’.

Sementara itu, di ruangan komen pula netizen turut menceritakan pengalaman mereka terpisah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan semasa di Masjidilharam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri VidaMakkahumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd