• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tempat Boon Heong Dalam Skuad Piala Thomas

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan mempertimbangkan pemain beregu profesional negara Tan Boon Heong ke dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Thomas, Mei depan.

Ini berikutan bekas pemain beregu nombor satu dunia itu menolak tawaran diberikan BAM untuk kembali menyertai skuad badminton negara.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beberapa siri perbincangan diadakan dengan Boon Heong termasuk memberi tawaran balas kepada pemain berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga semalam, Boon Heong memberi jawapan yang beliau menolak tawaran kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga BAM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Norza yakin dengan perancangan dilakukan skuad negara khususnya beregu lelaki bagi menghadapi pusingan akhir Piala Thomas 2018.

Beliau berkata Setiausaha Kehormat BAM merangkap pengurus skuad Piala Thomas negara, Datuk Ng Chin Chai juga akan mengadakan perbincangan dengan ketua jurulatih beregu lelaki Cheah Soon Kit bagi mencari penyelesaian terbaik untuk persiapan skuad negara.

“Kita yakin dengan perancangan dibuat termasuk memasukkan Paulus dalam pasukan.

“Kita akan tumpukan usaha memperkuatkan lagi pemain beregu sedia ada sebab penting untuk kita mempunyai gandingan beregu yang kuat untuk Piala Thomas,” katanya.

Mohamad Norza berkata kem latihan pusat Piala Thomas dan Uber akan diadakan dua minggu menjelang saingan berkenaan yang akan berlangsung pada 20 hingga 27 Mei.

Sementara itu, pada mesyuarat hari ini, BAM menyerahkan geran berjumlah RM251,000 kepada persatuan negeri untuk tujuan pembangunan dan RM90,000 bagi penganjuran kejohanan.

Selain itu, beliau berkata peruntukan RM12,000 sebulan diberikan kepada persatuan negeri untuk menggaji jurulatih serta tambahan RM1,500 bagi membeli bulu tangkis setiap bulan. – BERNAMA

Tags: Piala Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

04/05/2024
0

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas...

China Rangkul Piala Thomas Buat Kali Ke-10

28/05/2018
0

BANGKOK – China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd