• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M: Terus Tambah Baik, Mekanisme Akhir Penting

oleh Ahmad Albab
03/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penambahbaikan berterusan amat perlu untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berfungsi secara cekap, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Di peringkat awal, pemindahan tunai perlu mengutamakan kumpulan yang benar-benar kurang bernasib baik, dan sama penting bagi penerima BR1M untuk keluar daripada kelompok berpendapatan​​​​​​​ rendah dari semasa ke semasa.

“Kemapanan BR1M akan bergantung kepada penggerakan kumpulan berpendapatan rendah melepasi​​​​​​​ kitaran kemiskinan antara generasi yang kejam dan meningkatkan tahap pendapatan.

“Dengan berbuat demikian, BR1M boleh ditambah baik dengan memastikan wujudnya mekanisme​​​​​​​ akhir, menjalinkannya kepada program galakan untuk mempertingkatkan modal insan dan produktiviti,” menurut BNM dalam jawapan bertulis kepada Bernama mengenai sama ada BR1M dikekalkan dan jika ia perlu mempunyai tempoh akhir.

Bank pusat menjelaskan di negara lain seperti Amerika Syarikat dan Amerika Latin, beberapa bentuk syarat berkaitan pendidikan dan penjagaan kesihatan dijadikan sebahagian daripada pemindahan​​​​​​​ sosial.

“Memandangkan perubahan berstruktur (seperti penduduk berusia, perubahan keadaan pekerjaan​​​​​​​disebabkan teknologi, dan peralihan dalam rangka sosial) telah berlaku dalam masyarakat di negara ini, kita perlu memastikan wujudnya rangka kerja perlindungan sosial menyeluruh untuk masa depan,” menurut​​​​​​​ BNM.

Bagi jangka panjang, sebarang program bantuan tunai hanya perlu membentuk satu bahagian​​​​​​​ daripada sistem jaminan sosial nasional yang lebih menyeluruh, kata bank pusat.

“Secara kritis, sistem jaminan sosial tidak seharusnya mengakibatkan pergantungan keterlaluan kepada kebajikan negara atau stigma terhadap golongan miskin, sebaliknya ia memperkasakan dan membangunkan keupayaan isi rumah,” menurut BNM.

Bank pusat berkata, dasar fiskal, struktur dan sosial yang lebih luas, termasuk berkaitan pasaran tenaga kerja dan pendidikan, merupakan elemen utama dalam membentuk tahap dan liputan rangka kerja perlindungan sosial yang mencukupi,

BNM berkata, rangka kerja holistik bagi sistem jaminan sosial negara akan berasaskan tiga​​​​​​​ tonggak utama: perlindungan, pencegahan dan galakan.

Sekurang-kurangnya, bagi perlindungan, perlu wujud apa yang dipanggil “tingkat perlindungan sosial”, yang termasuk BR1M atau sebarang bentuk jaminan pendapatan lain yang menyasarkan golongan miskin, berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik.

Dari segi pencegahan, ia menumpukan insurans sosial (termasuk pencen dan insurans​​​​​​​ pengangguran), malah Sistem Insurans Pekerjaan yang diperkenalkan baru-baru ini merupakan langkah bagi arah tuju yang tepat.

“Yang penting adalah melengkapkan sokongan pendapatan dengan aspek galakan, iaitu, kaedah dan peluang untuk rakyat Malaysia mempunyai akses kepada pekerjaan berkualiti, kehidupan lebih baik dan taraf hidup yang lebih tinggi.

“Pastinya, langkah-langkah ke arah sistem jaminan sosial yang lebih menyeluruh ini memerlukan​​​​​​​kedudukan dan pengurusan fiskal yang kukuh,” menurut BNM. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd