• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Cadang Pemain Yang Ikat 2 Kontrak Digantung Semusim

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemain yang menandatangani dua kontrak dalam satu-satu masa, bagi mengelakkan insiden membabitkan bekas pemain Harimau Muda A, Gary Steven Robbat berulang pada masa depan.

Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah ia termasuk menggantung pemain yang terlibat daripada bermain selama satu musim.

“Pemain bola sepak mestilah bertanggungjawab dan menghormati kontrak yang ditandatangani, jangan berdolak-dalik,” titah baginda dalam sidang media pada program Gotong-Royong Diraja Membaiki Rumah-Rumah Rakyat Daerah Maran dan Bera di sini hari ini.

Tengku Abdullah juga menasihatkan semua pemain bola sepak, termasuk mereka yang berhasrat menjadi pemain profesional supaya mengambil iktibar daripada insiden membabitkan Gary.

Kontroversi membabitkan Gary bermula selepas dia menandatangani kontrak bersama Pahang sebelum membuat keputusan untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

Pada masa sama, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menuntut khidmat pemain tengah kebangsaan terbabit dengan alasan Gary yang berasal dari Kulim, Kedah itu perlu menyertai pasukan negeri kelahirannya selepas tidak lagi mewakili Harimau Muda.

Akibat tindakannya itu, Gary digantung tiga bulan daripada menyertai apa sahaja kejohanan di bawah FAM berkuat kuasa serta merta dan didenda RM50,000 kerana tindakannya yang bercanggah dengan Artikel 17- Peraturan Status dan Perpindahan.- BERNAMA

http://youtu.be/fPcDSIqSm1Q

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd